Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar satu kartel yang dipercayai memonopoli tender projek Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) susulan serbuan di pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu pada Ahad lepas.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata setakat ini, sembilan individu termasuk beberapa kakitangan MBSA dan seorang pegawai kanannya ditahan bagi membantu siasatan.